Making Batik Tie & Dye!

ok goodmorning semuaa :))
ok harini mira nak share pasal batik. dekat ukm ni selain subjek wajib, kita kena jugak amek subjek citra incase nak cukupkan jumlah kredit. so mira and dhilah decided utk ambil seni batik tahap 1. ok ni first time mira buat batik in proper way because sebelum ni pernah try tapi with a wrong method so hasil dia tak menarik sangat. alhamdulillah lps dh masuk kelas batik ni baru mira tahu cara sebenar nak buat batik.
at first, kami cuba buat batik dengan hanya menggunakan tisu utk practice kan diri. so setiap sorang ambil sepuluh helai tisu and try to make variety of design based on our creativity. sebenarnya lipatan yang lebih banyak dan ikatan yang kemas boleh terhasilnya corak yang sangat lawa.


ok ni antara hasilnya, time ni belum kering lagi so tak boleh buka ikatan. for a better result ampaikan tisu ni guna benang supaya color dia tak meresap di surat khabar

TEKNIK BATIK TIE & DYE
BAHAN-BAHAN:
1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)
5. Bekas untuk pewarnaan (baldi)
6. Sodium silikat (pemati warna)
7. Sarung tangan

PROSES:
1. Bancuh warna dengan sedikit garam
2. Ikat kain, jahit atau simpul kain mengikut rekaan
3. Celup kain beberapa kali bagi mendapatkan kesan yang baik
4. Kain dikeringkan
5. Rendam/sapu dengan sodium silikat/pemati warna/fixer(jika perlu untuk mengekalkan warna)
6. Buka ikatan/jahitan atau simpulan
7. Basuh kain dan keringkan
*Bagi mendapatkan warna yang beraneka, kain perlu diulang ikat dan celup dengan warna-warna lain. Mulakan dengan warna yang cerah. Kaedah menyapu warna dengan berus atau menitis warna juga boleh digunakan.




batik tie & dye menggunakan kain then perlu dihantar ke pensyarah

selain daripada tugasan individu, kitorang pon dapat tugasan berkumpulan. for this one, kami gunakan kain yang lebih panjang dan lebar sorry tak ingat pula berapa saiznya hehe.
so 10 of us try to make this kind of design


lawakan hehe bila dah kering, kami sapukan the whole kain dengan fixer. fixer ni tujuan dia bila basuh warna tak luntur. after that kami bawak balik utk basuh sebab tak boleh biarkan fixer tu terlalu lama di kain kalau tak nnti kain mudah reput. selepas tu jemur and make sure indoor ye untuk elakkan dari matahari. 
so that's all from me. kalau ada ilmu lebih lagi about batik mira akan share next time ok. actually mira and dhila ada juga bercadang nak ambil seni batik tahap 2 for next sem but not sure yet hehe




Comments

Popular posts from this blog

IOJ

UKM?