Taking Care of Grandma

Assalamualaikum and haiii
korang pernah ada pengalaman tak jaga nenek atuk or orang tua? mira pernah and believe me it's not easy. haha tapi mira bukan nak mengeluh tau mira just nak share pengalaman so lepas ni siapa yang berkesempatan jaga nenek or atuk korang boleh ambil pengajaran.
mira start jaga nenek(belah ayah) lepas spm dalam bulan disember 2017.  sebenarnya sebelum ni my sister, kakla yang jaga nenek lps dia habis spm but after that dia kena sambung belajar, mak uda mira yg jaga nenek pula sementara tunggu mira habis spm. hmm faham tak? hahahh
ok then, mira pon tahu jaga orang tua ni bukan senang. nak-nak lagi orang tua ni hati dia mudah tersentuh so kita kena pandai jaga hati and perasaan dia. mira dengan nenek tak berapa rapat but bukan mira sorang jela my whole siblings pon memang tak rapat dengan nenek. sometimes tu memang awkward untuk jaga nenek sebab mira banyak diam je.
kalau nak tahu nenek mira ni ada sakit which is strok. dulu nenek memang tak boleh jalan langsung but after buat fisioterapi, bertungku and so on nenek became better. nenek dh boleh jalan pakai tongkat kaki tiga tapi still tangan nenek tak kuat untuk pegang something. that's why kena ada orang yang jagakan. kalau mandi pon ibu mira yang selalu mandikan tapi lama-lama nenek dh boleh mandi sendiri.
rumah nenek dengan rumah kitorang memang dekat sebab satu kampung. so senang kalau nk dtg jenguk, naik motor berapa minit je dh smpai. masa mira jaga nenek, mira tidur kat sana setiap hari sebab nenek tinggal sorang. tapi ada my sister, kakmin dia teman tidur but kalau pagi dia pergi kerja ikut ibu ayah sebab buat praktikal kat tempat sama. ibu ayah and akram memang tak tidur rumah nenek kecuali weekend sebab byk benda nnti kena bawak and takde ruang nak tidur because kitorg semua selalu tidur kt ruang tamu je. nenek mira punya katil pon kat luar(ruang tamu) so senang kalau nenek nak apa-apa.
pagi selalunya ibu dah buat sarapan siap-siap. kalau tengah hari pula depends selalu ibu buat but kadang-kadang suruh mira masak. then balik kerja petang tu baru ibu masak lagi. setiap kali lepas balik kerja ibu ayah memang singgah rumah nenek dulu.  akram pula sekolah kan, so setiap hari pukul 12p.m. mira ambil dia naik motor and terus balik ke rumah nenek. sebelum maghrib mcm tu baru dorang balik rumah. so tula rutin kitorg setiap hari.
nenek ajar mira banyak benda, antaranya untuk sentiasa sabar. nenek memang tak banyak kerenah but sometime at some point mira rasa mcm nak give up, tak ikhlas and banyak mengeluh. biasala sebab time tu mira takde fon, nak cakap bosan memang bosan sangat-sangat even ada tv pon, mira kena tgk cerita yang nenek suka, then mira tak boleh buat sesuka hati kat rumah tu, kene jaga adab and kebersihan rumah, bila tetamu dtg kena hidangkan air. that's what i did every single day. korang pernah tak rasa mcm bosan gila sebab every day buat benda yang sama and terperap dlm rumah. suppossedly lepas spm hang out with friends kan? but bila kwn mira ajak keluar, mira kena fikir dulu siapa nak jaga nenek? siapa nak ambil akram kat sekolah? end up mira kena cancelkan. so these kind of things yang make me stressed. sbb tu mira cakap bukan senang nak maintain kan diri dengan sifat ikhlas and sabar. when that happened mira doa banyak-banyak kat Allah supaya apa yang mira buat ni ikhlas semata-mata keranaNya and mira nak buat nenek happy
other than that, nenek dapat tarik mira untuk lebih dekatkan diri dengan Allah. nenek kan bila dengar je azan straight pergi solat tau pastu selalu berzikir dan nenek pon rajin mengaji. so benda- benda ni buatkan mira rasa nak solat awal waktu dan nak mengaji setiap hari. alhamdulillah apa yang nenek buat tu beri impak positif dalam diri mira. nenek pon banyak nasihat kan mira pasal pembelajaran, pasal mak ayah and byk lagi.
setiap bulan nenek akan bagi duit belanja even mira tak sambung belajar lagi time tu. kadang-kadang kalau pergi shopping or pasal malam  nenek tanya nak apa-apa tak. kalau ambil akram dari sekolah pon nenek selalu bagi duit untuk bawa akram pergi kedai. baikkan nenek mira :'))
hampir empat bulan jugakla mira jaga nenek lepastu mira kena sambung belajar kat matrik so nenek mak uda yang jaga. start dri haritu mira dah jarang jenguk nenek sebab kekangan masa and sometime tu nenek kat rumah mak uda. smpai la mira habis matrik bulan april 2019 barula ada juga masa nak datang sana. mira ingat lagi time tu puasa, kitorang datang rumah nenek sebab nak buka sama-sama. nenek cakap nak makan sup tulang sebab tu memang lauk favourite nenek so ibu pon masakkan la. setelah sekian lama tak makan sama-sama alhamdulillah dapat jugak buka bersama time tu.
dua minggu berpuasa tiba-tiba one day ayah dapat call. time tu ibu ayah on the way nak balik rumah.mak uda call cakap nenek jatuh tandas. pintu bilik air kunci so kena pecahkan dulu. bila pintu dah terbuka tengok-tengok nenek dah rebah, hidung berdarah, certain part dah luka dan badan nenek dah sejuk. time tu mira kat rumah and tak tahu lagi yang nenek jatuh tandas. then ayah call ckp nenek jatuh. kali kedua ayah call lagi cakap nenek dah takde. time tu otak mira memang blank tak boleh pikir apa and perasaan tu bercampur-baur.
lepas jenazah bawa balik kampung, mira tengok arwah nenek. sejuk je mata memandang. mira tak dapat nak mandikan nenek sebab yang mandikan adik beradik ayah. sebelum kafankan mira dapat cium arwah nenek. tula kali terakhir mira jumpa nenek. mira rasa bersyukur sebab sepanjang nenek sakit ada juga kesempatan untuk jaga dia walaupun mungkin mira tak dapat bagi yang terbaik untuk nenek. lastly, bagi sesiapa yang baca ni sedekahkan la al fatihah untuk arwah nenek mira ye terima kasih ;))
bagi mira, pengalaman jaga nenek ni adalah antara pengalaman terbaik yg mira pernah lalui dan takkan mira lupakan sampai bila-bila

Comments

Popular posts from this blog

Making Batik Tie & Dye!

IOJ

UKM?